MEMBELI KENDERAAN BARU – NAZARIA TETAPI ADA KEROSAKAN DISEBABKAN TIKUS YANG BERSARANG DI BAHAGIAN ENJIN
Saya sepertimana nama di atas, telah membeli sebuah kereta baru NazaRia dari sebuah kedai kereta di Ampang, Selangor pada 29 September 2006, seminggu yang lalu.
2.Butiran mengenai kereta berkenaan adalah sepertimana di bawah;
Model: NAZARIA – 2006
Vehicle Id Number : PNAKA3Q036G015760
Nombor Pendaftaran: WPM 556
Warna:HITAM
Tarikh Beli:29/09/2006
Mileage Semasa:40 Km
Nama Dealer/Lokasi:@@ TRADING SDN BHD / AMPANG
3.Berikut adalah tentetan tarikh dan tindakan yang telah saya buat mengenai
kecacatan kereta berkenaan
i.30 SEPTEMBER 2006/SABTU - Kereta dibawa keluar dari kedai sekitar jam 11.00 pagi. Sebelum penyerahan kunci kereta, saya dapat melihat keadaan kereta berkenaan yang berserabut dengan rumput dan lalang kering di bahagian depan bawah bonet enjin. Badan kereta yang comot dan kotor. Setelah dibasuh dan dibuang rumput berkenaan bukan semua dibuang, hanya yang nampak pada mata kasar sahaja) dan nombor plet dilekatkan, kereta berkenaan
diserah kepada saya dalam keadaaan enjin yang telah dihidupkan. Saya diminta tidak mematikan enjin kereta untuk tempoh 2 jam dengan alasan untuk mengecas baterinya. Seorang staff memberi jaminan jika kereta tidak dapat dihidupkan bila tiba di rumah nanti akan diganti bateri baru. (Perlukah kereta baru dicas baterinya, kenapa tidak diserah kereta berkenaan dalam keadaan sedia guna?) Saya bersama suami memandu kereta berkenaan untuk mengisi
minyak, kerana itu yang pesan jurujual. Dalam perjalanan ke stesen minyak berkenaan, kawan yang mengekori di belakang terperasan nombor kereta saya berlainan dengan nombor yang sepatutnya didaftarkan sebagaimana nombor plet di bahagian hadapan. Saya terpaksa menelefon dan menunggu jurujual berkenaan membawa nombor plet yang betul di stesen minyak.
minyak, kerana itu yang pesan jurujual. Dalam perjalanan ke stesen minyak berkenaan, kawan yang mengekori di belakang terperasan nombor kereta saya berlainan dengan nombor yang sepatutnya didaftarkan sebagaimana nombor plet di bahagian hadapan. Saya terpaksa menelefon dan menunggu jurujual berkenaan membawa nombor plet yang betul di stesen minyak.
ii.Dalam perjalanan balik ke rumah saya terperasan
lampu yang menunjukkan bongkah enjin yang tertera ‘check’ pada panel dashboard menyala berterusan. Kebiasaannya lampu berkenaan akan padam beberapa saat setelah kunci kereta di ignition kan. Memikirkan itu kereta baru mungkin macam itu, saya biarkan. Sampai di rumah, (jarak kedai kereta dengan rumah lebih kurang 20 minit pemanduan) kereta dibiarkan hidup 2 jam sebagaimana diarahkan.
iii.1 OKTOBER 2006/ AHAD - Saya menghantar kereta untuk menambah sedikit aksesori, pasang carpet tambahan dan tinted cermin tingkap. Walau bagaimanapun, lampu check enjin pada dashboard masih menyala. Saya masih biarkan. Dalam perjalanan ke kedai aksesori saya dapat mendengar bunyi asing pada kipas blower air condition sebelah penumpang bahagian hadapan. Hati mulai bimbang dan curiga. Setelah memasang aksesori saya terus balik ke rumah.
Kereta tidak lagi keluar ke mana-mana. Suami membuka bonet enjin dan didapati masih ada rumput yang panjang dan pendek di celah-celah enjin. Mana yang terjangkau oleh tangan semuanya dibuang. Pada masa ini kami tidak mengesyaki apa-apa selain mengagak kereta ini telah terbiar sekian lama di stor simpanan yang entah padang mana sehingga rumput menjalar sampai kedalam bahagian bonet enjin.
iv.2 OKTOBER 2006 / ISNIN – Saya cuba hidupkan enjin untuk pergi kerja. Malangnya kereta tidak dapat dihidupkan malah alarm pintu pun tidak dapat berfungsi. Saya sudah mengagak ini mesti kes bateri yang lemah. Suami menalipon saleswomen kami yang menguruskan pembelian kereta tersebut. Saleswomen berkenaan meminta saya menghantar kereta ke pusat servis! Dia meminta saya menalipon nombor hotline Naza sepertimana yang ada pada
bahagian belakang booklet servis. Suami terus menalipon sebagaimana diminta. Petugas ditalian mengambil semua butiran yang berkaitan dengan kereta. Dia memberi opsyen yang akan dibuat oleh pihaknya iaitu samada jumpstart atau jika tidak berjaya kereta akan di towing ke pusat servis. Petugas ditalian menamakan pilihan pusat servis yang terdekat. Kami memilih pusat servis Naza di Cheras. Kami menunggu dan menunggu sehinggalah
keesokan harinya masih lagi tidak nampak batang hidung mereka yang berkenaan.
v.4 OKTOBER 2006 / RABU – Kami mengambil keputusan untuk membawa sendiri kereta ke pusat servis. Suami telah menghidupkan kereta dengan kaedah jumpstart menggunakan kereta seorang kawan, berjaya! Kereta dihantar ke pusat servis NazaKia di Cheras (Belakang Stadium Badminton KL ). Suami mengemukakan 3 perkara
untuk tindakan pihak pusat servis;
1. Kipas blower aircond berbunyi bila aircond dipasang
2. Lampu check pada dashboard yang nyala berterusan
3. Meminta diperiksa rumput atau apa-apa yang saya tidak nampak di celah-celah bongkah enjin.
vi.5 OKTOBER 2006 / KHAMIS – Hati terasa tidak tenteram memikirkan
apa punca yang akan dijumpai oleh mekanik di pusat servis. Suami ke pusat servis NazaKia Cheras yang berkenaan. Apa yang dijumpai sungguh memeranjatkan. Sarang tikus memang masih ada di celahan bongkah enjin. Sampah dan rumput masih terlekat di sana. Apa yang lebih memeranjatkan ialah bila mekanik menunjukkan apa yang ada di bawah karpet alas kaki sebelah penumpang depan. Terdapat longgokan cebisan foam alas lantai yang telah
dimakan tikus . Luas kawasan gigitannya sebesar sebuah buku latihan pelajar sekolah. Kami diberitahu beberapa kabel di situ telah digigit tikus. Itulah punca lampu check pada dashboard bernyala berterusan dan itulah juga punca kipas blower fan aircond berbunyi!
Suami terus ke ibu pejabat kedai dealer di mana kereta itu dikeluarkan untuk bertemu dan berbincang dengan pengurusnya. Setelah puas menunggu namun beliau tidak juga
masuk ke pejabatnya. Setelah meninggalkan pesanan kepada seorang staffnya, suami pulang dengan penuh kehampaan.
vii.6 OKTOBER 2006 / JUMAAT – Pagi, suami pergi sekali lagi ke ibu pejabat kedai berkenaan namun pengurus masih belum ada. Suami berpeluang bercakap dengan seorang staff kanan yang bertanggungjawab mengeluarkan kereta berkenaan tempoh hari. Suami memaklumkan
masalah yang dihadapi pada kereta baru berkenaan. Suami menjelaskan ketidakpuasan hati dengan keadaan kereta baru yang sepatutnya tidak berlaku dan meminta ganti kereta baru yang lain. Beliau kata tidak mungkin dan bossnya pun akan berkata demikian jika diajukan permintaan tersebut. Beliau tahu masalah ini kerana telah masak dengan kerenah dan masalah kereta memandangkan telah 6 tahun bekerja dengan bossnya itu. Apa yang boleh
dibuat ialah mengganti apa-apa part yang telah rosak memandangkan kereta baru itu masih dalam warranti. Saya masih tidak berpuashati dan meminta untuk berjumpa juga dengan bossnya pada masa lain.
Petang – Suami sekali lagi pergi pusat servis. Kali ini penemuan lebih memeranjatkan. Seluruh dashboard kereta telah dibuka seolah-olah kereta telah terlibat dengan satu kemalangan besar. Hati benar-benar tersentuh kerana kereta yang baru
dibeli tidak sampai 4 hari telah terpaksa dibuka sedemikian rupa. Lebih malang lagi kereta itu terjadi demikian bukan semasa berada dalam tangan kami tetapi sejak sebelum diserahkan kepada kami. Alangkah cuainya mereka.
Mekanik menunjukkan lantai kereta yang dipenuhi air kencing tikus, foam alas lantai penuh digenangi air kencing tikus juga sampai boleh diperah. Lantai dan skru yang telah berkarat.
Suami terus ke ibu pejabat kedai dealer kereta. Kami bernasib baik kerana pengurusnya ada. Masalah kereta dikemukakan. Pengurus berjanji akan menggantikan :
a. Harness wiring
b. Seluruh carpet dan foam dalam kereta
c. Anti rust atas dan bawah lantai
d. Dan lain-lain yang berkaitan
Pengurus berjanji akan pergi melawat kereta berkenaan di pusat servis esok bersama top personel tertentu dan meminta suami ada bersama semasa sesi lawatan itu, seawal-awal sekitar jam 12.00 tengahari atau tunggu makluman awal (telefon) darinya.
viii.7 OKTOBER 2006 / SABTU – Jam 12.00 tengahari telah berlalu, tiada panggilan telefon diterima dari pengurus berkenaan sehinggalah sekarang.
Sekitar jam 3.00 petang suami sekali lagi ke pusat servis untuk melihat kemajuan pembaikan terhadap kereta baru kami. Namun, hari ini tiada aktiviti pembaikan cuma kerja-kerja berkaitan servis sahaja. Kereta baru kami tidak terusik dan berkunci rapat. Pembaikan kereta baru kami akan disambung Isnin ini. Suami berpeluang bercakap dengan pengurus pusat servis, seorang warga India dan beliau berjanji akan cuba buat yang terbaik terhadap kereta baru kami itu.
4.Pada saya mengganti part tertentu sudah cukup menjadikan kereta itu bukan lagi sebuah kereta baru apa lagi kereta saya itu dibuka sedemikian rupa. Apa jaminan yang kereta itu masih sama tahap warrantinya 2 tahun berbanding kereta baru lain yang tidak ada masalah sepeti kereta baru saya ini?
5.Semua hal yang menimpa saya di atas membuatkan saya rasa telah teraniaya dan tidak mendapat apa yang sepatutnya apabila
membeli sebuah kereta baru. Saya menuntut hak yang sepatutnya dan keadilan mengikut rukun dan undang-undang jual beli yang sedia ada dipatuhi oleh semua. Saya memohon bantuan supaya mendapat sebuah kereta yang benar-benar baru kerana saya membayar untuk membeli sebuah kereta yang baru disamping gantirugi lain yang sepatutnya saya terima diatas masalah yang saya tanggung.






Ricky Wans Says...
Nasib tak baik....